" 1 SEKOLAH 1 BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING "

TIPS

35 Tips Pelajar Cemerlang Dari Dr.Fadzilah Kamsah

Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  1. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    • kita ingat 10% apa yang dibaca
    • kita ingat 20% apa yang didengar
    • kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
    • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    • kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  2. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  3. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

  4. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    • pastikan cahaya adalah terang
    • kurangkan gangguan bunyi
    • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    • kerusi dan meja menghadap kiblat
    • jangan lupa untuk senyum
  5. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  6. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  7. Tahu teknik merangsang memori:
    • memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    • menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    • mengingat kembali (recall)
    • menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  8. Sentiasa awal dan mendahului:
    • persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    • pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    • belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    • untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  9. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  10. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    • duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    • memberikan tumpuan sepanuhnya
    • menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    • menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  11. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  12. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  13. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  14. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  15. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  16. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  17. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  18. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  19. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  20. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  21. Tahu petua mengulang kaji:
    • cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    • siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    • duduk tegak dikerusi yang selesa
    • baca doa penerang hati
    • baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    • fikir dan ingat kembali isi utama
    • catat/lakar
    • semak semula ketepatan maklumat
    • ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    • buat rumusan
    • jawab soalan
    • tampal maklumat yang rumit di dinding
    • baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  22. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  23. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    • jangan makan kepala ikan
    • jangan makan organ dalaman
    • jangan minum semasa makan
    • jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    • jangan melihat kemaluan
    • jangan melihat buih
    • jangan membaca nama pada batu nisan
    • banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    • banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    • banyakkan makan kekacang
    • pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    • jangan makan sehingga terlalu kenyang
    • jangan kencing berdiri
  24. Tahu kemahiran mengingat:
    • tampal nota-nota penting di dinding
    • tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    • gunakan kaedah akronim
    • reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    • pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  25. Cekap mengatur jadual belajar:
    • mempunyai jadual belajar
    • patuh kepada jadual
    • buat jadual yang boleh diikuti
  26. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  27. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  28. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  29. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  30. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  31. Pelbagaikan tempat belajar.
  32. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  33. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  34. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    • taat kepada Allah
    • mendirikan sembahyang
    • menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    • hormati & sayangi guru
    • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    • suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    • membantu rakan yang memerlukan
    • berdoa dan bersyukur kepada Allah
    • sentiasa bertawakal
    • mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)





Tips Menghadapi Peperiksaan


Ketika anda menghadapi peperiksaan, anda sedang memperlihatkan kemampuan anda dalam memahami apa yang telah anda pelajari. Peperiksaan memberikan gambaran terhadap perkembangan pelajaran anda. Terdapat beberapa aspek, seperti sikap dan keadaan anda akan mempengaruhi anda dalam peperiksaan.

10 tips untuk membantu anda dalam peperiksaan :

1. Datanglah dengan bersedia dan lebih awal
Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan seperti pensel, pen, kalkulator, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.

2. Tenang dan percayakan diri sendiri
Ingatkan diri anda bahawa anda sudah bersedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.

3. Bersantailah tapi berhati-hati
Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.

4. Prebiu soalah-soalan terlebih dahulu
Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan-soalan secara mendalam, tandakan kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dahulu, baru soalan yang sukar.. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang akan digunakan sebagai jawapan.

5. Jawab soalan secara strategik
Mulakan dengan menjawab soalan mudah yang anda ketahui, kemudian dengan soalan-soalan yang mempunyai markah yang tinggi. Soalan terakhir yang harus anda jawab adalah:
soalan paling sukar,
yang memerlukan masa yang panjang untuk menulis jawapannya,
mempunyai markah sedikit .

6. Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih
Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.

7. Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis
Buat rangka karangan secara ringkas untuk esei dengan mencatat dahulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun idea-idea tersebut mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.

8. Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya
Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.

9. Sisihkan 10% waktu anda untuk memeriksan jawapan
Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.

10. Analisa jawapan anda
Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.

Terjemahan dari: Landsberger, Joe. Ten Tips of Test Taking

Tetapi yang penting sekali jangan lupa BERDOA. Betulkan niat dan lakukanlah hanya keranaNya. InsyaAllah Dia akan membantu.




10 Perkara Untuk Menghilangkan Stress



1. Apabila ada orang lain memaksakan kehendaknya pada kamu dan membebani kamu
dengan kesulitannya, belajarlah mengatakan tidak! Karena ini lebih baik daripada
kamu menderita dalam hati.

2. Jangan selalu tergantung pada orang lain, berusahalah mandiri.

3. Jangan berburuk sangka bahwa orang lain akan menghina atau membicarakan kamu.

4. Jangan selalu mengingat kesalahan di masa lalu, perasaan bersalah, penyesalan yang
dalam dapat mempersulit, karena menguras segenap pikiran dan tenaga kamu.

5. Janganlah menyimpan kemarahan dan frustasi. Utarakan dan bicarakan dengan orang
yang bertanggung jawab atas terjadinya hal tersebut.

6. Luangkan waktu setiap hari, dan mulailah kegiatan baru.

7. Janganlah menjadi pengendara yang agresif, mengalahlah pada ‘setan jalanan’.
Jalankan kendaraan dengan sikap mengalah.

8. Janganlah menyimpan rasa dengki dan cemburu, karena rasa dengki dan cemburu
memakan energi.

9. Jangan membiasakan sikap terburu-buru, sebab akan menjurus pada kesalahan,
penyesalan dan stress.

10. Terakhir,tanamkan pada pikiranmu bahwa kamu bisa melawati masa-masa tertekan
ini dengan penuh semangat! Karena Tuhan selalu bersamamu. :)

Jangan jadikan tulisan ini sebagai “suatu tamparan”. Jika memang kamu benar-benar
ingin menghilangkan rasa tertekan atau stress maka yakinlah bahwa kamu bisa
melakukan cara-cara diatas. ;)

semoga berjaya :P